I am free of all prejudices. I hate everyone equally.

September 22nd, 2006

My first blog….

Posted by crystal199187 in Uncategorized

hi, this is my first blog, so i wanna post sumthing special…sorry cause this blog is in malay…its a sad short story…its sumthing like a korean drama…the original idea is from my sister, Claudia…we took a few days to discuss n change the details…then, i translated the whole story from english to malay cause its actually my school homework(hehe)…last of all, my sister type the whole story.. plz send a comment after reading this story…i’m open-minded so i dun mind getting negative comments…anyway, the idea is my sister’s, not mine…hehe


  Chloe menatap keluar tingkap biliknya dan ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang bermain dengan gembira. Dalam hatinya, “Saya lebih rela tidak mengetahui kebenaran ini.” Dia memikirkan kembali peristiwa yang telah berlaku semalam. Salah seorang anak yatim, Louis meletakkan sebuah kotak kecil pada tangan Chloe. Dia menjerit dengan riang, “Selamat hari jadi, kak!” “Terima kasih.” Chloe tersenyum apabila budak kecil itu memeluknya. Sister Carolyn berdiri di pintu biliknya dengan muka yang tenang, “Chloe, bolehkah kamu datang ke bilik saya sebentar?” “Ya, Sister Carolyn.” Chloe menjawab pertanyaan itu dengan muka yang riang. Dalam bilik Sister Carolyn, Chloe berasa hairan kerana rahib yang biasanya peramah itu tidak pernah senyum sepanjang hari ini. Fikiran Chloe terganggu apabila Sister Carolyn memulakan hujahnya, “Selamat hari jadi, Chloe.” Setelah berkata begitu, dia mengeluarkan sebuah kotak berwarna coklat dari lacinya. Kemudian dengan wajah yang serius, dia mengeluarkan sepucuk surat dan sekeping gambar dan memberinya kepada Chloe. Kertas dan gambar itu sudah berwarna kuning dan ternampak kesan air padanya. Chloe pun membuka

surat

itu.

 

Kepada anakku, Chloe yang tercinta,

 

  Selamat Hari Jadi yang kelapan belas. Sepertimana yang diberitahu Sister Carolyn, saya meninggal dunia sewaktu melahirkan kamu. Sebelum saya meninggal, saya memintanya memberikan

surat

ini kepada kamu pada hari jadi kamu yang ke-18 dan memberitahu kamu bahawa ayah kamu telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya. Sebenarnya, dia masih ada dalam dunia ini tetapi dia telah meninggalkan kita semasa saya baru mengandungkan kamu tiga bulan. Selama ini saya menipu kamu adalah kerana saya takut kamu belum cukup matang untuk mengetahui kebenaran ini. Sekarang, kamu sudah 18 tahun, saya percaya kamu dapat menghadapi kebenaran ini dengan hati yang tabah dan kamu mempunyai hak untuk tahu bahawa ayah kamu masih hidup. Nama ayah kamu ialah smud k axs ahanmks idjsmhs sdhksdn hdnsnjd hsndnj. Shsjs sjsmmd isj,mdmsjs sjmjs jsksklksm dsjslsmm jsdkkdk sdolsdd. Kjxjskldksms jsklm,sjk sjsm sjms sjms sdjms s sj sksm sjs sks skskmsksm skkss skdmkd sdkd sjkddk yur dur mcufn.

 

  ibu.

 

   “Minta maaf, ibu kamu menyerahkan surat dan gambar ini kepada saya semasa hujan lebat. Jadi, ia telah terkena air. Mungkin ini ialah takdir yang diaturkan oleh Tuhan supaya kamu tidak akan mengetahui wajah dan perkara tentang ayah kamu. Chloe berkata dengan wajah yang sedih dan kecewa seperti seorang pahlawan yang telah tertumpas, “Mengapa begini? Selama ini, saya ingat dia ialah seorang yang baik tetapi rupa-rupanya dia ialah seorang yang tidak bertanggungjawab. Saya benci dia! Saya pandang rendah terhadapnya! Nasib baik surat ini terkena air dan saya tidak perlu tahu namanya yang hina itu, saya langsung tidak ingin tahu perkara mengenainya.”

 

  Chloe kembali mengemaskan pakaiannya dan memasukkannya ke dalam bagasi. Louis lari masuk ke dalam bilik Chloe dan memeluknya erat-erat. Suaranya memecahkan kesunyian dalam bilik itu. “Kak Chloe, kenapa kakak ingin pergi? Louis tidak ingin kakak pergi!” “Si bodoh, Louis memang tahu tentang peraturan di rumah yatim ini. Sesiapa yang telah mencecah umur 18 tahun dianggap sudah dewasa dan harus meninggalkan rumah ini. Kakak harus bekerja untuk menyara hidup kakak sendiri dan tidak patut bergantung pada rumah ini lagi. Terdapat ramai lagi anak yatim piatu di luar yang memerlukan bantuan dari rumah ini. Jadi, kakak harus pergi sekarang.” Louis memandang Chloe dengan wajah yang suram. Chloe memujuknya lagi, “ Louis, janganlah merajuk lagi, kalau tidak, saya tidak akan balik ke sini untuk selama-lamanya.” “Baiklah, kak Chloe, selamat tinggal.” kedengaran nada sebak dalam suara itu.

 

* * * * *

 

 “Selamat sejahtera, nama saya Chloe, apa khabar?” kata Chloe kepada seorang gadis yang berusia lebih kurang 22 tahun. “Er… khabar baik, Chloe. Saya ialah Britney, teman sebilik kamu. Bilik kamu ialah bilik kedua di sebelah kiri lorong ini. Mula-mula, saya ingin menjelaskan beberapa peraturan dalam bilik dan rumah ini. Yang pertama ialah dilarang makan di dalam bilik dan semua lampu perlu ditutup selewat-lewatnya pukul 11 malam. Kita akan bergilir-gilir mangemaskan bilik sebanyak 2 kali seminggu. Saya harap kamu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.” jawab gadis itu. “Baiklah, terima kasih.” Chloe pun mengambil bagasinya dan meninjau keadaan biliknya. Bilik itu dicatkan putih dan mempunyai dua katil bersaiz sederhana. Chloe meletakkan bagasinya pada katil sebelah kiri dan teringat bagasinya yang satu lagi telah tertinggal di ruang tamu.

 

 Ketika Chloe membuka pintu biliknya, dia terdengar Britney berkata, “Betulkah dia seorang anak yatim piatu?” “Betul, kamu tidak tahukah? Sewaan bilik ini dan kerjanya di syarikat periklanan tempat Joseph bekerja adalah diaturkan oleh rahib dari rumah anak yatimnya.” jawab suara seorang perempuan. “Har? Alamak, saya terpaksa tinggal sebilik dengannya! Ish, bencilah!” Kedengaran suara lelaki bertanya, “Tempat saya bekerja? Apa jawatannya?” Suara perempuan itu berkata lagi, “Eh, apa lagi yang boleh dijawat oleh seorang yang tidak berpendidikan tinggi selain kerani.” “Ceh, rupa-rupanya seorang kerani sahaja!” sindir lelaki itu. Air mata kesedihan mengalir menuruni pipi Chloe. “Hari ini baru hari pertama, saya tidak boleh menangis dan berputus asa. Jika saya menangis sekarang, saya tidak akan dapat menempuhi hari-hari yang akan datang nanti. Saya harus tabah menghadapi cabaran ini.” Bisik hati kecilnya. Chloe pun mengesat air mata dengan jari-jari halusnya.

 

* * * * *

 

 “Selamat pagi, nama saya Chloe. Hari ini adalah hari pertama saya bekerja di sini. Sila beri tunjuk ajar.” Setelah memperkenalkan diri dan berkenalan dengan semua rakan sekerja, Chloe ditunjukkan ke tempat duduknya. Mejanya kecil tetapi dilengkapi dengan peralatan komputer. Di atas mejanya, terdapat selembar dokumen yang perlu disiapkan dalam masa 2 hari. Suasana di pejabat riuh-rendah. Semua pekerja sibuk membuat kerja masing-masing. Tidak seorang pun yang berbual dengan Chloe. Chloe berasa asing dan pelik dengan persekitaran yang baru itu. Chloe berasa hairan apabila dia keluar dari tandas pada pukul 12.25 tengah hari dan mendapati pejabat itu sudah menjadi kosong. Dia dikejutkan oleh suara seorang lelaki di belakangnya, “Er… adakah kamu pekerja baru yang bernama Chloe? Mengapakah kamu tidak keluar untuk makan?” “Makan? Tumpang tanya, pukul berapakah kita boleh makan?” tanya Chloe. Lelaki itu berkata lagi,”Har, mereka tidak beritahu kamu ke? Waktu makan tengah hari ialah dari pukul 12 hingga 1 petang. Erm… hari ini adalah hari pertama kamu bekerja, apa kata kalau saya bawa kamu meninjau persekitaran syarikat ini dan makan bersama?” Chloe menjawab, “Baiklah, terima kasih. Sila beri tunjuk ajar. Er… saya belum tahu nama kamu lagi.” “Alamak, minta maaf, saya terlupa memperkenalkan diri saya. Saya ialah Stephen, pereka grafik di syarikat ini.” lelaki itu berkata sambil ketawa tersipu-sipu.

 

* * * * *

 

 Setelah beberapa bulan Chloe bekerja, dia mula berasa bosan dengan kehidupan hariannya yang tidak pernah berubah. Selepas bekerja, dia akan terus pulang ke rumah kerana kebanyakan rakan sejawatnya memandang rendah latar belakangnya kecuali Stephen. Namun, Stephen selalu sibuk dengan kerjanya.

 

  Mengambil gambar adalah hobi Chloe sejak kecil lagi. Impiannya adalah mempunyai sebuah bilik gelap sendiri iaitu bilik untuk mencuci gambar. Chloe berharap dia dapat merealisasikan impiannya itu secepat mungkin. Jadi, pada masa lapang, Chloe akan mengambil gambar menggunakan kamera yang dihadiahkan oleh Sister Carolyn kepadanya. Gambar-gambar itu akan dikirim balik kepada budak-budak di rumah anak yatim itu sebagai poskad. Chloe akan menulis mesejnya di belakang gambar-gambar itu.

 

POSKAD 1    

 

Kepada Sister Carolyn yang disayangi dan Louis yang nakal,

 

 Apa khabar Sister Carolyn dan Louis? Saya berharap kamu semua sihat-sihat belaka. Keadaan saya di sini sangat baik, jadi kamu tidak perlu bimbangkan saya. Teman sebilik saya dan rakan sejawat saya di syarikat pengiklanan itu melayan saya dengan baik. Mereka sangat peramah dan menolong saya menyesuaikan diri di sini.

 

  Daripada Chloe

 

 

* * * * *

 

 “Hai, apa khabar? Saya selalu ternampak kamu melanggan kedai foto ini, adakah kamu seorang jurugambar juga?” tanya seorang lelaki yang berusia lebih kurang dua puluh tahun. Lelaki itu berparas rupa kacak dan berbadan segak. Dia kelihatan peramah dan bersopan-santun. Ini bukanlah kali pertama Chloe ternampak lelaki ini di kedai foto, tempat Chloe menghantar gambarnya untuk dicuci. Chloe menjawabnya dengan sopan, “Khabar baik, saya juga selalu ternampak kamu di kedai ini. Kamu sudah salah teka, saya bukan seorang jurugambar, mengambil gambar hanyalah hobi saya.” Lelaki itu senyum dan berkata lagi, “Oh, rupanya begitu! Saya sangka kamu ialah seorang jurugambar kerana saya rasa gambar-gambar yang ditangkap oleh kamu menunjukkan bakat terpendam seorang jurugambar. Alamak, saya terlupa memperkenalkan diri saya. Minta maaf, saya ialah Michael, seorang jurugambar bebas atau dikenali sebagai ‘freelance photographer’,”Chloe pun berkata, “Nama saya ialah Chloe. Saya ialah seorang kerani di sebuah syarikat pengiklanan. Saya selalu mengambil gambar pemandangan yang cantik dan mengirimnya kepada rakan saya di rumah anak yatim piatu sebagai poskad.” “Rumah anak yatim? Adakah kamu seorang anak yatim?” tanya Michael. “Er… Ya, nampaknya saya cakap terlalu banyak, minta maaf.” Chloe berasa malu dengan dirinya yang menceritakan latar belakang dirinya kepada seorang lelaki asing yang baru berkenalan selama 15 minit.

 

 “Adakah kamu berasa malu kerana kamu seorang anak yatim? Kamu seharusnya bersyukur kerana Tuhan sangat sayangkan kamu. Tuhan menguji kamu dengan pelbagai cabaran hidup kerana Tuhan menyayangi kamu. Kamu haruslah berfikiran positif dan bertabah supaya Tuhan menyedari bahawa kamu ialah ciptaannya yang paling berharga. Saya berasa kamu mempunyai bakat dalam pergambaran dan seni foto. Mungkin ini ialah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai kepada kamu. Sebenarnya, saya juga adalah seorang anak yatim piatu. Saya bernasib baik kerana ayah angkat saya menganggap saya sebagai anak kandungnya dan membiayai persekolahan saya. Jadi, kamu harus tabahkan hati kamu dan jangan putus asa,” Michael berpanjang lebar memberi sokongan moral kepada Chloe. Chloe berasa hairan dan terkejut dengan sikap Michael yang pelik itu. Walaupun baru berkenalan selama 20 minit, Michael berbual dengannya bagai kenalan lama. “Er… minta maaf, adakah saya telah menakutkan kamu? Nampaknya, saya tidak dapat mengawal diri daripada berpanjang lebar lagi.” Michael berkata sambil ketawa. Chloe tersenyum dan berkata, “Tidak apa, kata-kata kamu telah menyemarakkan semangat saya. Terima kasih.”

 

* * * * *

 

POSKAD 2

 

Kepada Sister Carolyn dan Louis yang sangat dirindui,

 

 Apa khabar Sister Carolyn dan Louis kebelakangan ini? Saya di sini sihat-sihat belaka tetapi saya sangat rindu kamu berdua dan budak-budak yang lain di situ. Saya ingin melawat kamu tetapi saya sudah berjanji saya hanya akan melawat kamu setelah mencapai kejayaan dalam hidup saya. Saya mempunyai tiga berita baik yang ingin saya ceritakan kali ini. Yang pertama ialah saya telah mengenali seorang rakan baru yang bernama Michael. Dia ialah seorang jurugambar bebas. Dia ialah seorang yang peramah dan baik hati. Berita baik yang kedua ialah saya sudah mula bercinta dengan Stephen. Dia melayan saya dengan baik dan sangat menyayangi saya. Dia juga tidak kisah dengan latar belakang saya. Berita baik yang ketiga ialah rupa-rupanya Michael dan Stephen adalah rakan baik. Jadi, kami bertiga selalu keluar makan bersama. Sampai sini sahajalah saya tulis pada kali ini. Selamat tinggal.

 

 Daripada Chloe.

    

POSKAD 3

 

Kepada Sister Carolyn dan Louis yang tercinta,

 

 Apa khabar? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya harap kamu semua juaga sihat. Pada hari Sabtu yang lepas, Stephen telah mengajak saya untuk makan malam bersama keluarganya di rumah. Mula-mula, saya berasa sangat cemas tetapi segalanya berjalan dengan lancar. Stephen mempunyai seorang adik perempuan yang lebih muda daripada saya 3 tahun. Ibu bapa dan adik Stephen juga melayan saya dengan baik seperti salah seorang anggota keluarga mereka. Saya berasa sangat gembira dan bahagia. Keadaan ini membuatkan saya seolah-olah mempunyai sebuah keluarga yang baru.

 

  Daripada,

 Chloe

 

 

* * * * *

 

 “Saya rasa kemahiran fotografik kamu semakin baik. Sayang sekali kamu tidak belajar senifoto. Kalau digabungkan dengan bakat kamu, saya berpendapat bahawa kamu pasti akan dapat berjaya dan menjadi terkenal.” Kata Michael. “Terima kasih atas pujian kamu tetapi janganlah terlalu memandang tinggi saya. Kalau tidak, saya akan mudah lupa diri. Tambahan pula, gaji saya sekarang hanya mampu menyara hidup saya jika saya berjimat cermat. Saya langsung tiada wang tambahan untuk belajar. Walaubagaimanapun, terima kasih atas pujian dan cadangan kamu.” Chloe berkata sambil tersenyum. Michael menyambung lagi, “Ah, sebelum saya terlupa saya ingin memberitahu satu perkara yang penting kepada kamu. Saya akan pergi ke negara Kanada untuk belajar lebih lanjut tentang senifoto dan fotografik. Jadi, kita mungkin tidak akan bertemu untuk satu jangka masa yang panjang.” Chloe berkata pula, “Apa? Kalau begitu, saya akan kehilangan seorang rakan baik lagi, haih…” “Janganlah bersedih, kita boleh berbual melalui telefon dan komputer walaupun tidak dapat berjumpa.” Michael memujuknya. Chloe berkata, “Baiklah kalau begitu, semoga perjalanan kamu akan berjalan dengan lancar.”

 

* * * * *

 

  “Rupa-rupanya ayah dan kak Chloe juga tidak suka makan durian dan alah pada udang dan mangga. Kalau orang luar tidak tahu, mereka akan sangka kak Chloe betul-betul anak kandung ayah.” Kata Stephanie semasa makan malam. Semua pun ketawa terbahak-bahak. Dring…Dring…Dring…Dring… telefon berdering menganggu kegembiraan mereka. Panggilan itu adalah daripada pihak hospital. Semua bergegas ke hospital setelah gagang telefon itu diletakkan semula pada telefon. Rupa-rupanya orang yang terlantar di katil hospital ialah datuk Stephen, ayah kepada Pak cik Lee. Doktor berkata datuk sudah sakit tenat dan tidak dapat bertahan lama lagi.

 

 Datuk berkata dengan suara yang lemah, “Saya tahu saya tidak dapat bertahan dengan lama. Terdapat satu perkara yang telah saya rahsiakan dalam hati saya hampir 20 tahun. Saya tidak ingin meninggal dengan kekesalan. (mamandang arah Pak cik Lee dengan menghulurkannya sekeping gambar yang lama) Sebenarnya…kamu pernah berkahwin sekali sebelum kamu mengahwini isterimu sekarang. Isteri pertama kamu ialah perempuan dalam gambar ini. Kamu telah terlibat dalam suatu kemalangan yang menyebabkan kamu hilang ingatan. Saya tidak memberitahu kamu tentang isteri pertama kamu kerana saya tidak sukanya yang berasal daripada keluarga miskin. Selepas itu, saya terdengar khabar angin bahawa dia telah mengandungkan darah daging kamu tetapi pada masa itu, kamu telah bertemu dengan isteri kamu sekarang. Saya sangat kesal dan saya harap kamu akan maafkan saya. Saya tidak tahu siapa anak kamu tetapi saya harap kamu akan dapat bertemu dengannya suatu hari nanti. Minta maaf… maafkan saya…” Pak cik Lee berkata, “ Apa ini? Adakah saya bermimpi? Argh… kepala saya! Kepala saya sangat sakit! Argh!” Stephen dan Stephanie segera memapah ayah mereka ke katil di sebelah datuk mereka.

 

 Tiba-tiba kedengaran bunyi ‘toot’…….Doktor mengesahkan datuk telah meninggal dunia. Chloe hanya tercegat di situ. Tanpa disedarinya, air mata telah mangalir ke pipinya. Dia mengeluarkan gambar yang diberikan oleh ibunya dan mendekati Pak cik Lee. “Ayah!”

 

* * * * *

 

 Chloe mengemaskan bajunya dan masukkan dalam almari. Adik perempuannya, Stephanie menolongnya mengemaskan bajunya. Chloe akan berkongsi bilik tidur dengan Stephanie. Stephanie berkata, “ Dulu saya selalu berharap saya mempunyai seorang kakak yang saya boleh berkongsi masalah saya bersama. Alangkah baiknya sekarang, hajat saya sudah tercapai. Kalau kak ada apa-apa masalah, kak boleh bercakap dengan saya.” Chloe senyum dan berkata, “Baiklah, terima kasih. Cepatlah pergi sekolah, kalau tidak kamu akan terlewat.” Setelah Stephanie keluar, Chloe pun duduk di atas katilnya. “Minggu ini banyak perkara telah berlaku. Selama ini, saya sangka ayah ialah orang yang baik. Selepas itu, saya sangka dia ialah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Rupa-rupanya, saya tersalah anggapnya. Dia bukan sengaja meninggalkan ibu dan saya, Masalah sekarang ialah hubungan saya dengan Stephen. Walaupun kita tiada pertalian darah kerana dia ialah anak Mak cik Lee dengan suaminya yang pertama, namun ayah tidak membenarkan kita bersama kerana ayah sudah anggap Stephen sebagai anak kandungnya. Nampaknya, kami terpaksa berpisah. Kami pasti akan terseksa kerana kami tinggal di bawah bumbung yang sama dan bekerja di tempat yang sama. Tuhan telah menarik balik orang yang tersayang saya tetapi telah mengurniakan sebuah keluarga kepada saya. Saya tidak tahu Tuhan sayang saya atau Tuhan sedang menguji ketabahan saya.” Chloe berkata dalam hatinya.

 

* * * * *

 

 Selepas beberapa bulan tinggal bersama, Chloe sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru itu. Walaupun masih berasa kekok dengan abangnya, Chloe cuba sedaya-upaya untuk melupakan percintaan antara mereka dan menganggap Stephen sebagai abangnya. Ayah Chloe mencadangkan untuk melancong ke Indonesia selama seminggu untuk mengeratkan hubungan mereka. Namun pada saat terakhir, Chloe tidak dapat bercuti dan terpaksa tinggal di rumah seorang diri. Walaupun ada sedikit kecewa, ayah Chloe berkata, “Tidak apa kalau kamu tidak dapat pergi kali ini. Kita masih ada banyak peluang melancong bersama lagi. Ini bukanlah kali terakhir. Janganlah bimbang.” Ayah Chloe membelikannya sebuah komputer riba dan ‘webcam’ supaya mereka dapat berhubung setiap hari melalui internet.

 

 Setiap malam selepas bekerja, Chloe akan membuka ‘webcam’ dan berbual dengan keluarganya di Indonesia. Pada malam terakhir, Chloe membuka ‘webcam’ seperti biasa untuk berbual dengan keluarganya tetapi dia berasa hairan kerana keluarganya tidak membuka ‘webcam’. Chloe pun memasak mi cawan dan membuka televisyen. Chloe ternampak siaran berita, “Kejadian tsunami berlaku di Indonesia pada hari ini kira-kira pukul 3 petang. Ramai penduduk tempatan serta pelancong telah dihanyutkan arus ombak dan telah terkorban dalam tragedi ini. Jumlah orang yang telah terkorban masih belum dapat dianggarkan lagi. Berita selanjutnya akan disiarkan pada waktu pagi esok.”

 

 Chloe terkejut dan tidak dapat mempercayai apa yang baru didengarnya tadi. Fikirannya semakin bercelaru. Dia takut, bimbang dan gelisah akan keadaan keluarganya. Chloe cuba menghubungi mereka melalui telefon dan ‘webcam’ beberapa kali tetapi masih gagal menghubungi mereka. Dia cuba melelapkan matanya tetapi tanpa disedarinya, air mata membasahi bantalnya. Dia berdoa banyak kali agar keluarganya selamat. Chloe cuba memujuk dirinya bahawa keluarganya pasti akan balik. Namun, air mata terus mengalir menuruni pipinya.

 

 Keesokannya, Chloe pergi bekerja dengan matanya merah dan bengkak. Semasa Chloe tengah bekerja, dia tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia menangis dengan kuat sehingga semua rakan sejawatnya mengambil berat dan cuba memujuknya. Pada malam itu, Chloe bergegas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut kepulangan keluarganya. Ketibaan penerbangan itu adalah pada pukul 8.30 malam. Pada pukul 9.30 malam, air mata Chloe mula mengalir lagi. Dia cuba menyekat air matanya tetapi gagal. Akhirnya pada pukul 11.45 malam, Chloe ternampak abangnya, Stephen dengan bagasinya. Chloe segera lari ke arah abangnya sambil menangis dan memeluknya dengan erat. “Abang, saya sangka kamu tidak akan balik lagi! Di mana ayah, mak dan Stephanie? Kenapa saya tidak nampak mereka? Adakah mereka belum keluar lagi?” Chloe tanya sambil menangis. “ Mereka tidak akan balik untuk selama-lamanya.” jawab Stephen. “Tidak!! Tidak!!!” jerit Chloe. Chloe melutut di depan abangnya sambil mengalirkan air mata.

 

* * * * *

 

 Air mata jernih bergenang di kelopak matanya perlahan-lahan membasahi pipinya umpama butir-butir manik yang halus. Chloe segera mengesat air mata dengan jari-jari halusnya. Dia cuba menahan diri daripada menangis lagi, namun air matanya terus mengalir apabila dia teringat akan keluarganya. “Chloe, Chloe, tolonglah keluar dari bilik kamu. Kamu sudah mengurungkan diri dalam bilik dan menangis selama seminggu. Janganlah menakutkan saya, saya sangat bimbangkan kamu.” kedengaran suara Stephen memanggil Chloe di luar pintu biliknya. Kata-kata Michael itu terngiang-ngiang di cuping telinga Chloe. “ Betulkah Tuhan masih sayang saya? Sekiranya Tuhan sayang saya, mengapa Tuhan merampas keluarga saya yang tersayang? Mengapa Tuhan memberi saya menikmati kasih sayang sebuah keluarga tetapi merampasnya dalam sekelip mata?” Chloe berfikir dalam hatinya. “Chloe, Chloe, tolonglah buka pintu, Chloe.” Stephen cuba memujuk Chloe dari luar pintu biliknya. Tiba-tiba, pandangan Chloe menjadi kabur dan berpinar-pinar. Dong!!… “Chloe! Chloe! Apa yang terjadi? Saya terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh. Kamu tidak apa-apa?” Bang… Bang… Bang.. Stephen melanggar pintu bilik Chloe dan ternampak Chloe terbaring atas lantai. Dia segera membawanya ke hospital.

 

* * * * *

 

 “Oleh kerana pesakit menangis terlalu banyak, retina matanya telah terjejas dan ini menyebabkan pesakit menjadi buta. Minta maaf, kami telah cuba sedaya upaya.” doktor itu menjelaskan tentang keadaan Chloe. “Oh Tuhan, adakah engkau sedang mempermainkan saya? Penglihatan adalah sangat penting untuk mengambil gambar. Sampai hati engkau merampas penglihatan saya yang paling penting ini. Satu-satunya impian saya telah dimusnahkan. Adakah ini cabaran dan dugaan yang Tuhan ingin saya hadapi? Saya rasa sangat letih dan saya ingin berhenti setakat ini. Kehidupan saya sudah tidak bermakna sekarang.” Kata-kata Michael terngiang-ngiang di cuping telinga Chloe lagi, “memang ramai yang telah kecundang, dan sedikit yang berjaya mengatasinya, jadi masukkanlah dirimu dalam yang sedikit itu.” “Betul, saya harus bertabah dan tidak putus asa. Sekiranya saya mempunyai keberanian untuk menamatkan riwayat hidup saya, lebih baik saya menggunakan keberanian itu untuk meneruskan hidup saya.

 

* * * * *

 

  “Selamat sejahtera, saya ialah peguam Lim, peguam yang menguruskan wasiat ayah kamu berdua iaitu Encik Lee. Muala-mula, saya ingin mengucapkan takziah atas kehilangan ini. Encik Lee telah mengubah wasiatnya tiga bulan yang lepas. Jadi, saya akan mula membaca wasiatnya sekarang. Saya harap kamu berdua akan berpuas hati dengan keputusan ayah kamu. ‘Rumah dan harta saya akan dibahagikan kepada tiga bahagian dan diberikan kepada tiga orang anak saya iaitu Stephen, Chloe and Stephanie secara sama rata. Namun, sekiranya salah seorang anak saya tiada, bahagiannya akan diberikan kepada anak kedua saya iaitu Chloe.’ Baiklah, jadi Stephen akan mendapat satu pertiga dan Chloe akan mendapat dua pertiga daripada rumah dan harta ayah kamu. Anggaran harta ayah kamu termasuk rumah ini ialah RM1,285,383.38. Saya harap kamu berdua berpuas hati dengan wasiat ayah kamu.”

 

* * *  * *

 

  “Chloe, saya ingin berbincang sesuatu dengan kamu.” Kata Stephen. “Baiklah, ada apa-apa hal, abang?” tanya Chloe. “Sekarang, ayah sudah tiada di sini, tiada sesiapa akan menghalang kita lagi. Kamu tidak dapat bekerja sekarang, biarlah saya menjaga kamu untuk selama-lamanya. Tolong jangan memanggil saya sebagai abang lagi.” Kata Stephen. “Tetapi…..” Chloe berasa ragu-ragu. “Chloe, saya masih mencintai kamu. Hati saya terhadap kamu tidak pernah berubah. Bagilah saya peluang untuk menjaga kamu. Saya tahu kamu juga masih mencintai saya, janganlah menafikannya.” pujuk Stephen lagi. Akhirnya, Chloe berlembut hati dan bersetuju.

 

  Stephen melayannya dengan baik selama beberapa bulan. Oleh kerana Chloe sudah menjadi buta, Stephen bekerja menyara hidup mereka berdua dengan bantuan harta yang ditinggalkan oleh ayah mereka. Walaupun sudah menjadi buta, Chloe berasa sangat gembira dan bahagia. Pada suatu hari, Stephen mencadangkan supaya mereka membeli insurans untuk masa depan mereka berdua. Chloe bersetuju dan menandatangani beberapa dokumen dengan bantuan Stephen. Lama-kelamaan, sikap Stephen mula berubah. Dia tidak lagi penyayang seperti dulu. Dia juga selalu pulang pada tengah malam dan biasanya dalam keadaan mabuk. Chloe berbincang dengan Stephen tetapi Stephen berkata bahawa dia mabuk dan balik pada tengah malam kerana dia terpaksa melayan pelanggannya.

 

* * * * *

 

  Setelah menjadi buta, daya pendengaran Chloe sudah menjadi lebih tajam. Stephen pulang pada lewat malam seperti biasa tetapi kali ini berbeza kerana Chloe terdengar suara seorang perempuan yang lain. Chloe segera berkata, “Siapakah kamu? Adakah kamu kawan kepada Stephen? Terima kasih kerana menghantarnya pulang.” “Saya ialah Haley, teman wanita Stephen. Kamu mestilah adiknya yang buta itu. Gembira berjumpa dengan kamu.” perempuan itu menyindir Chloe. Chloe terasa hatinya bagaikan dihiris, “Teman wanita? Kalau awak teman wanitanya, saya ialah apa?” tanya Chloe. “Berambuslah kamu! Masuk ke bilik kamu sendiri dan jangan keluar dari situ!” tengking Stephen. Chloe terkejut dengan kata-kata Stephen, “ Tetapi, Stephen…” Satu tamparan hinggap pada muka Chloe. Tamparannya kuat itu menyebabkan Chloe terjatuh ke lantai. “Argh,.. bisinglah kamu! Berambus! Saya tidak ingin tengok muka kamu!” Chloe berasa sungguh terkejut dan marah namun dia masuk ke dalam biliknya kerana tiada gunanya dia bercakap dengan seorang yang mabuk dan tidak sedarkan diri.

 

* *  * * *

 

 Keesokannya, Chloe bergegas turun ke ruang tamu untuk mencari Stephen untuk menanyakan hal yang berlaku malam itu. “Baiklah, kamu sudah turun. Bagasi kamu sudah saya kemaskan dan diletakkan di tepi pintu. Teksi pun sudah dipanggil. Sekiranya kamu sudah bersedia, kamu boleh pergi dari sini sekarang.” Stephen berkata dengan nada yang agak keras. “Pergi? Pergi ke mana? Mengapa kamu ingin saya pergi?” tanya Chloe yang terkejut dengan perlakuan abangnya. “Ah, pergi ke mana-mana yang kamu suka. Asalkan kamu berambus dari sini.” jawab Stephen. Chloe sudah separuh menjerit, “Berambus? Bukankah kamu berjanji akan menjaga saya untuk selama-lamanya?” Stephen berkata sambil ketawa, “Hahaha, janganlah bodoh sangat! Siapa hendak menjaga seorang gadis buta seperti kamu? Sekarang saya hendak berpisah dengan kamu, faham ke tidak?” Kemarahan membuak-buak dalam hati Chloe. Suaranya berubah menjadi keras, “Berambus?Ini adalah rumah saya! Kamu tiada hak untuk menghalau saya dari sini. Hak saya untuk tinggal di sini adalah lebih daripada hak kamu!” “Hahaha! Rupa-rupanya kamu masih begitu bodoh! Gadis buta, kamu telah menandatangani dokumen-dokumen yang menyatakan bahawa kamu akan memberikan semua bahagian dalam rumah dan harta kepada saya. Nah! Bacalah sendiri, bodoh!” Stephen membuang beberapa helai kertas pada muka Chloe. “Alamak, minta maaf. Saya terlupa bahawa kamu tidak dapat baca kerana kamu buta. Apa kata kalau saya bacakan untuk kamu? Hahaha!” kata Stephen lagi. Chloe tidak dapat percaya dengan kata-kata yang terpacul dari mulut Stephen. Rupa-rupanya, selama ini dia yang bertepuk sebelah tangan. Chloe berjalan terhuyung-hayang keluar dari rumah itu dan masuk dalam teksi yang telah berada di hadapan rumahnya. “Mengapakah saya begitu bodoh? Mengapakah saya mempercayai kata-kata manisnya? Mengapa? Mengapa Tuhan ingin menguji saya begini?” kata Chloe dalam hatinya. Air mata kesedihan mengalir menuruni pipinya.

 

* * * * *

 

  “Sister Carolyn! Sister Carolyn! Kak Chloe sudah pulang!” Louis jerit untuk memanggil Sister Carolyn. Louis segera memeluk Kak Chloe yang sangat dirinduinya itu. “Kak Chloe, saya tidak nakal tetapi kenapa kak tak pulang lebih awal?” tanya Louis. “Maafkan kak, Louis. Kak terpaksa sibuk bekerja untuk menyara hidup.” Louis berkata lagi, “Jom, kita masuk ke dalam.” Chloe terpaksa menghulurkan tangannya dan meraba-raba dinding supaya tidak akan terlanggar. Louis memeluk Kak Chloe dengan erat dan menangis teresak-esak apabila mendapati Kak Chloe telah menjadi buta. “Apa yang berlaku di luar sini?” tanya Sister Carolyn yang baru keluar.

 

  “Rupa-rupanya banyak peristiwa telah berlaku dalam dua tahun ini. Janganlah bersedih, Chloe. Ajal, maut, jodoh pertemuan dan semuanya itu dalam ketentuan Tuhan. Saya mancadangkan supaya kamu tinggal di sini dan menolong saya menjaga budak-budak di sini. Kebetulan salah seorang pekerja telah bersara.” Sister Carolyn berkata. “Baiklah, terima kasih.” jawab Chloe.

 

  “Sister Carolyn, adakah terdapat apa-apa yang merunsingkan kamu? Saya terdengar kamu mengeluh sepanjang hari.” tanya Chloe. “Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya. Sebenarnya, rumah anak yatim piatu ini semakin ramai penghuninya tetapi wangnya semakin berkurangan. Ini membuatkan saya pening kepala.” jawab Sister Carolyn. Chloe kata sambil tersenyum, “Nampaknya saya mungkin dapat membantu kamu.”

 

* * * * *

 

  “Bagaimana, Sister Carolyn? Persembahan untuk mengutip derma ini berjalan dengan lancar?” tanya Chloe. “Lancar, sangat lancar. Cadangan kamu memang baik. Saya terhutang budi pada kamu.” jawab Sister Carolyn. “Janganlah kata begitu, sister Carolyn. Kamulah yang membesarkan saya.” Chloe berkata lagi. Tiba-tiba, Chloe terdengar suara lelaki memanggil namanya. Rupa-rupanya, itu ialah suara Michael. Dia baru pulang dari Kanada dan telah menghadiri majlis kutipan derma sebagai seorang jurugambar. Chloe menceritakan semua peristiwa yang telah berlaku kepada Michael. Micahel berkata, “Saya bangga dengan kamu kerana kamu telah berjaya menempuhi segala dugaan dan cabaran hidup. Tahniah.”

 

* * * * *

 

  “Eh, Michael, kamu datang lagi untuk menolong budak-budak ini ke?” tanya Chloe. “Yalah, saya mempunyai banyak masa lapang. Jadi, saya selalu datang menolong. Saya memang seorang yang baik, oleh itu, kamu patut menerima kasih dan cinta saya. He he.” Kata Michael sambil ketawa. Chloe berkata lagi, “Michael, saya…” “Alamak, janganlah menangis lagi. Saya tahu kamu terharu tetapi saya bergurau sahaja. Saya bukan hendak memberi tekanan kepada kamu,” kata Michael. “Oh ya! Saya hampir terlupa beritahu kamu. Pihak hospital telah berjaya mencari seorang penderma yang sanggup mendermakan salah satu biji mata kepada kamu,” kata Michael lagi. “Betulkah? Sebelah mata? Peliknya, tetapi ada sebelah mata sudah cukup baik. Mungkin saya akan dapat merealisasikan impian saya suatu hari nanti,” kata Chloe sambil tersenyum lebar.

 

*  * * * *

 

  “Tahniah, pembedahan kamu berjalan dengan lancar,” kata doktor kepada Chloe. “Mungkin Tuhan betul-betul sedang menguji saya. Tuhan masih sayangkan saya.” Bisik hati kecil Chloe. “Tumpang tanya, doktor, bolehkah beritahu saya nama pendermanya? Saya ingin mengucapkan terima kasih padanya,” tanya Chloe semasa dia balik ke hospital untuk memeriksa matanya. “Minta maaf, Chloe. Saya ingin memberitahu kamu tetapi penderma itu ingin merahsiakan namanya,” kata doktor. “Baiklah kalau begitu. Terima kasih.” Kata Chloe kepada doktor dengan wajah yang kesal.

 

* * * * *

 

  “Cepatlah, abang Michael! Cepatlah pakai ‘patch’ ini! Kali ini kamu mendapat watak ‘Captain Hook’ dalam cerita ‘Peter Pan’. Kamu mesti memakai ‘patch’ itu,” kata Louis kepada Michael. “Baiklah, saya akan pakai tetapi bolehkah saya memakai di sebelah kiri?” tanya Michael. “Mana ada ‘Captain Hook’ yang pakai di sebelah kiri? Cepatlah pakai!” Louis menjerit lagi. “Er.. tetapi..” kata Michael lagi. Setelah Michael memakainya, dia terlanggar meja dan kerusi di sekitarnya sehingga Chloe berdiri di hadapannya pun dia tidak nampak. Chloe memegang tangan Michael dan berkata, “Michael, tolonglah berterus terang. Penderma mata itu ialah kamu, bukan? Kamu telah mendermakan mata kiri kamu kepada saya, jadi kamu tidak dapat melihat menggunakan mata kiri. Betulkah kata-kata saya?” Michael mengeluh dan berkata, “Ya, minta maaf. Saya tahu kamu pasti tidak akan membenarkan saya melakukannya sekiranya saya memberitahu kamu perkara sebenarnya, jadi saya merahsiakannya. Saya ingin kamu melihat semula dan mencapai impian kamu tetapi saya tidak dapat menderma kedua-dua belah mata kerana saya masih memerlukan sebelah mata untuk menjaga kamu selama-lamanya.” Air mata jernih perlahan-lahan membasahi pipi Chloe umpama butir-butir manik yang halus. Chloe memeluk Michael dengan erat dan menjerit, “Si bodoh!”


p/s :- plz send a comment after reading…thank you very much…